Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Seramai 26,990 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memilih 45 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu dalam Pemilihan MPP UPM 2013 pada 28 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2013, Prof. Dr. Mohd. Shatar Sabran berkata, ahli MPP yang bakal dipilih itu terdiri daripada 11 calon kawasan umum dan 34 calon kawasan fakulti.

“Penamaan calon akan dibuat pada 20 November, 2013 sebelum kempen dibenarkan dari 24 hingga 27 November. Sesi pembuangan undi di enam lokasi bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang di Kampus Serdang dan Kampus Bintulu, Sarawak menggunakan sistem e-undi melalui komputer,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shatar memaklumkan keputusan akan diumumkan pada hari yang sama dan sesi bantahan keputusan akan dibuat pada 29 November 2013.

Menurutnya, keputusan bantahan itu akan diumumkan pada 30 November ini dan rayuan terhadap keputusan bantahan diadakan pada hari tersebut.

Justeru, katanya, pengisytiharan rasmi calon yang menang Pemilihan MPP UPM 2013 ditetapkan pada 3 Disember 2013 selepas keputusan rayuan dibuat pada 2 Disember ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM berkata, calon yang berjaya akan diisytiharkan secara rasmi melalui Papan Notis Rasmi Universiti.

Jelasnya, pelaksanaan keseluruhan proses Pemilihan MPP UPM 2013 tertakluk kepada Peraturan-Peraturan UPM (Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar) 2011.

“Calon yang berjaya di dalam Pemilihan MPP UPM akan membentuk MPP 2013/14,” katanya.

0 comments:

Post a Comment