Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 21, 2013

No Comment

DILAHIRKAN dan membesar pada era moden ini tidak menjadi penghalang kepada seorang wanita yang obses
terhadap era Victoria mngamalkan gaya hidup pada zaman tersebut.

Sarah Chrisman, 33, yang berasal dari Seattle mengambil keputusan untuk mengubah sebahagian besar
hidupnya semata-mata untuk memastikan dia dapat merasai kehidupan zaman Victoria.

Biarpun tidak sepenuhnya, namun dari aspek pemakaian hinggalah kepada cara memasak, segalanya
mempunyai elemen klasik itu.

Sarah juga memasak dengan menggunakan resepi yang ditemui dalam majalah Cosmopolitan edisi 1889
selain mengenakan korset sekaligus mengubah ukuran pinggangnya dari 32 inci kepada 22 inci.


Dia juga tidak mahu menggunakan sebarang peralatan atau teknologi yang tidak wujud pada zaman
Victoria seperti menjual keretanya dan menggunakan basikal yang berusia 100 tahun.

Minat wanita ini turut disokong oleh suaminya, Gabriel yang turut mempunyai minat mendalam terhadap
sejarah.

Sarah sudah pun menghasilkan sebuah buku yang bertajuk ““Victorian Secrets. What a Corset Taught Me
About the Past, the Present and Myself” dan kini sedang mempelajari etika zaman itu.

Namun, ada satu perkara yang tidak dapat diubah dan ditinggalkan oleh wanita ini iaitu Facebook!

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment