Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 24, 2013

No Comment

Jika dilihat dari segi luaran dan fizikalnya, tiada siapa menyangka pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin, 26, seorang yang takut menonton filem bergenre seram.

Malah pelakon filem seram Penanggal itu mengakui ketika terlibat dengan penggambaran filem itu dia sedaya upaya cuba mengelak daripada duduk berhampiran Ummi Nazeera yang membawakan watak penanggal dalam karya arahan Ellie Suriaty itu.

“Ketika penggambaran Penanggal, saya elak duduk berhampiran Ummi Nazeera kalau ada babak dia sebagai penanggal kerana solekan wajahnya ketika itu menggerunkan.

“Saya hanya duduk di set kalau ada babak saya. Jika tiada, saya pulang ke Kuala Lumpur,” katanya memetik kenyataan Metro Ahad, hari ini.

Pelakon yang sedang hangat bercinta dengan penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su Lin Pillai ini juga sentiasa menjaga tingkah laku dan percakapannya sepanjang menjalani penggambaran bagi mengelak sebarang perkara buruk berlaku.

Walaupun takut menonton filem seram namun aktor ini mengakui dia tidaklah anti dengan genre filem sebegitu dan akan menerima tawaran sekiranya mempunyai kelapangan jadual sekiranya dia ditawarkan membintangi filem seram lagi selepas ini.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment