Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) Kedah menyediakan 23,000 tiket untuk peminat menyaksikan perlawanan akhir kejohanan Proton Piala Emas Raja-Raja 2013 di Stadium Darul Aman malam esok.

Timbalan Presiden PBSMM Kedah, Datuk Hassin Mad Zain berkata tiket berharga RM15 adalah untuk tempat duduk berbumbung dan RM10 bagi tempat duduk terbuka yang boleh dibeli di kaunter jualan tiket stadium hari ini dan pagi esok.

Perlawanan ialah antara pasukan tuan rumah menentang Perlis.

Kedah menempah tempat ke final selepas mengalahkan Selangor dengan agregat 4-1 manakala Perlis menundukkan Terengganu dengan agregat 2-1.

Kali terakhir Kedah bertemu Perlis di final ialah pada 2009 tetapi tewas 0-1. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment