Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

MALANG buat seorang gadis yang sedang mengandung enam bulan apabila dia ditembak di bahagian belakang kepalanya di pinggir bandar Chicago pada malam Krismas, Rabu lalu.

Eva Casara, 17, meninggal dunia sehari selepas dikejarkan ke hospital, namun anak yang dikandungnya berjaya diselamatkan.


Bayi tidak cukup bulan yang dinamakan Lailani Paris Casara itu masih dalam keadaan kritikal dan akan terus menerima rawatan sehingga benar-benar pulih.

“Dia menyerupai ibunya, cantik dan sangat kecil. Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi (kes tembak),” ujar nenek mangsa, Fannie Casara, 63.


Sementara itu, ibu Eva, Estrellita Casara berkata, keluarganya hanya mahukan keadilan.

“Saya mahukan anak saya kembali. Dia tidak layak diperlakukan sedemikian. Saya amat rindukan dia,” katanya.

Polis masih cuba mengesan suspek dan motif kejadian itu.

Oleh: ELZA

(Sumber: Daily News)

0 comments:

Post a Comment