Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

KANGAR – Sebanyak 34 wanita dan 55 kanak-kanak warga Myanmar ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di sebuah kawasan berbukit di Sungai Batu Pahat dekat sini awal hari ini kerana memasuki negara ini secara haram.

Pemangku Komander UPP Perlis, Asisten Superintendan Bahari Ahmad berkata, mereka ditahan kira-kira jam 1.30 pagi dalam keadaan keletihan dan kelaparan di pinggir sebuah kolam dan dipercayai baru melepasi sempadan antarabangsa dengan berjalan kaki.

Bercakap kepada pemberita di Kem UPP Kuala Perlis, beliau berkata berdasarkan maklumat orang ramai, pasukan UPP kawasan Kuala Perlis yang diketuai komandernya, Inspektor Azizan Saman meninjau kawasan berkenaan dan menemui kumpulan itu.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 34 wanita, 32 kanak-kanak perempuan dan 23 kanak-kanak lelaki berumur antara dua dan 50 tahun,” katanya.

Bahari percaya mereka yang kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan dibawa oleh tekong darat semasa di Thailand hingga ke sempadan negara ini namun tiada tekong yang menguruskan perjalanan mereka apabila memasuki negara ini.

Kesemua mereka dibawa ke Kem UPP Kuala Perlis dan diberi makanan sebelum dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Bahari berkata, sejak Januari sehingga kini sebanyak, 1,133 warga Myanmar mencerobohi negara ini dan angka itu meningkat ketara berbanding 377 orang bagi tempoh sama tahun lalu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment