Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

Datuk Siti Nurhaliza, Shaheizy Sam, Nabil Ahmad dan Mawi antara barisan artis yang pernah mengenggam trofi Bintang Paling Popular yang dianjurkan penerbitan sebuah akhbar menerusi Anugerah Bintang Popular.

Bersempena dengan penganjurannya kali ke-27 ini, tema ‘Magis Alam’ telah dipilih untuk menyuntik kelainan serta menanamkan kesedaran terhadap pentingnya menghargai alam yang menjadi sebahagian besar daripada unsur kehidupan seharian.

Selain pengundian dijalankan menerusi akhbar, pengundian secara atas talian turut dibuka untuk tujuh kategori sampingan iaitu Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Gandingan Serasi Di Layar, Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular, Artis Berpengaruh Di Laman Sosial dan Chef Selebriti Paling Popular.

Selain itu, sejajar dengan kemajuan teknologi, ABP menganjurkan satu lagi kategori iaitu Aksi di Youtube Paling Popular yang dianggap menarik.

ABP 2013 akan diadakan pada 6 April depan dan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam di TV3.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment