Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

Penulis tak tahu sejauh mana kesahihan cerita ini.

Namun, menerusi portal Ohbulan, nama pelakon kacak, Sharnaaz kembali dikaitkan menjadi perosak hubungan atau dalam kata lain, menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Qi Razali dan kekasihnya, Nelydia Senrose.

Rasanya, baru sahaja nama Sharnaaz dikaitkan dengan Uqasha Senrose sehingga membuatkan Pekin Ibrahim memberikan kenyataan media bahawa kekasihnya itu sedang berhubungan dengan aktor kelahiran Pulau Mutiara itu.

Hanya selepas mengetahui semua perkhabaran itu merupakan salah faham, barulah kes itu kembali reda.

Berbalik kepada kes Qi dan Nelydia, hubungan kedua-duanya dilihat mungkin mengalami sedikit masalah berikutan Qi kebelakangan ini selalu sahaja memuat naik status sedih di laman Twitternya.

Sementara itu, ketika ditanya seorang peminat di Twitter, Nelydia mengatakan itu adalah gosip semata-mata dan Sharnaaz tiada kena-mengena dengan hubungan mereka.


Namun, yang menjadi persoalan di sini, benarkah hubungan Qi dan Nelydia sudah pun berakhir?

Hanya tuan punya badan yang boleh menjawabnya..

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment