Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

KUANTAN – Kira-kira 100 penduduk Orang Asli Kampung Kesing, Rompin dipindahkan berikutan banjir yang mula melanda negeri ini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata penduduk kampung itu mula dipindahkan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan butiran lengkap mengenai proses pemindahan belum diperoleh.

Selain kawasan berkenaan, laluan di Kilometer 28 berhampiran jambatan Sungai Charu, Jalan Sungai Lembing-Kuantan juga sudah diarahkan tutup kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air dan berlaku kesan hakisan akibat hujan sejak awal pagi kelmarin. - BH Online

0 comments:

Post a Comment