Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Dua pegawai Imigresen masing-masing dihukum penjara lima tahun dan dua tahun serta kedua-duanya didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi selepas mereka mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan bersubahat.

Turut menerima hukuman ialah seorang warga Indonesia, Abdullah Busahlan, seorang perantara, yang dihukum penjara selama empat tahun enam bulan selepas mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan memiliki pasport palsu.

Pegawai Imigresen Nik Azan Nik Man, 31, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu memperoleh RM800 daripada Abdullah sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap dua lelaki Indonesia, Hendrawan dan Amrizal, yang memiliki pasport tanpa cop masuk yang sah serta terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, menerima RM4,200 melalui akaun banknya, daripada Abdullah.

Mohd Hasrul Che Othman, 28, yang juga pegawai Imigresen, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 yang dibaca bersama Seksyen 56 (1A)(c) akta sama, bersubahat Nik Azan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Hendrawan dan Amrizal untuk mereka berlepas dari Malaysia tanpa sekatan. - BH Online

0 comments:

Post a Comment