Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

Jangan kata orang lain malah Ustaz Kazim Elias sendiri hairan dengan sikap PAS yang bersungguh-sungguh mendakwa konon beliau masih ahli PAS.Ini katanya kerana beliau tidak pernah dilayan seperti ahli parti itu di masa dulu.

Penceramah bebas itu juga tidak begitu jelas soal status beliau sebagai ahli parti itu tetapi menggangap masih ahli parti kerana setakat ini tidak pernah terima surat rasmi mengatakan beliau dipecat sebagai ahli.

Ketika jawab soalan dalam sidang akhbar sebelum ceramah beliau di kawasan perumahan PPR di Setapak Sabtu malam,beliau hanya kata dulu ada dengar ura-ura PAS nak pecat beliau.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengesahkan Mohammad Kazim Elias adalah Ahli PAS semenjak beliau mendaftarkan diri pada 17 Julai 1998 dengan Nombor Keahliannya – 0475276 di PAS Kawasan Tambun dan di PAS Cawangan Kampung Manjoi.

Namun setelah menyelak balik laman blog Dewan Ulamak PAS Perak jelas tertera di situ ia telah meluluskan sebulat suara satu usul pada Muktamar  Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak memecat Ustaz Kazim.

Muktamar ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Menurut laman blog itu Ustaz Kazim dipecat sebab beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan  penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. – AGENDA DAILY

0 comments:

Post a Comment