Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan negeri supaya mengkaji semula Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bukit Bendera yang dilancarkan pada 14 Nov lepas kerana ia didapati boleh mengancam ekologi kawasan peranginan itu.

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata kandungan draf itu antaranya mencadangkan agar pembinaan kereta kabel dari Taman Belia ke puncak Bukit Bendera dan projek hotel 100 bilik serta membenarkan pembinaan rumah, aktiviti pertanian, outlet perniagaan bagi menggalakkan ekopelancongan.

Draf itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan telah dipamerkan kepada orang awam di Stesen Bawah Perbadanan Bukit Bendera dan Kompleks Tun Razak (Komtar) sehingga 11 Dis lepas.

“Kita tidak nampak keperluan kereta kabel dibina kerana kereta api furnikular dan laluan jip dari kaki bukit ke puncak bukit telah disediakan di samping penggunaan jentera berat serta kerja mengorek tanah nanti hanya akan memburukkan keadaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata visi RKK kononnya menitikberatkan soal pemuliharan alam dan ekologi tetapi hakikatnya ia membuka jalan ke arah pembinaan projek komersial dan akan memusnahkan alam semula jadi bukit itu.

Mohamed Idris berkata aktiviti penanaman sayur-sayuran dan pokok bunga di cerun bukit tidak seharusnya digalakkan sebaliknya perlu dipantau dengan ketat kerana ia boleh menyebabkan hakisan tanah dalam jangka masa panjang.

Katanya cadangan pembinaan ‘taman ekopelancongan pasif’ seperti taman burung, zoo mini, taman rama-rama dan taman herba yang dilihat akan menganggu habitat lebih 70 spesis burung dan haiwan kecil di bukit itu.

Beliau berkata semua kerja-kerja pembinaan projek itu akan menyebabkan berlaku proses pengangkutan untuk bekalan air dan tenaga ke bukit berkenaan dan secara langsung mengancam kawasan tadahan air Bukit Bendera. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment