Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

MADRID – Barcelona tewas untuk kali kedua berturut-turut sejak April 2012 dan kali pertama musim ini dalam saingan La Liga kepada Athletic Bilbao 1-0, awal pagi tadi.

Pada pertengahan minggu lalu, Barcelona yang kini dibimbing Gerardo Martino tewas kepada Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan pagi tadi pula kepada Athletic.

Apa yang jelas Barca kehilangan sengat selepas ketiadaan bintang penyerangnya, Lionel Messi yang masih ditimpa kecederaaan.

Iker Muniain menjaringkan gol tunggal Athletic selepas mendapat hantaran lintang Markel Susaeta pada minit ke-20.

Ia juga kemenangan ketiga berturut-turut Athletic, sekali gus melonjak ke tangga keempat liga.

Barca bagaimanapun kekal sebagai pendahulu liga hanya dengan perbezaan gol dengan Atletico Madrid manakala Real Madrid di tempat ketiga dengan tiga mata di bekalang Barca. – AFP

0 comments:

Post a Comment