Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

BEIJING – China hari ini melancarkan kenderaan pertamanya ke bulan, sekali gus menyaksikan kemajuan dalam program angkasa lepasnya.

Ia juga menyaksikan kenderaan ketiga seumpama itu dilancarkan selepas Amerika Syarikat dan bekas Kesatuan Soviet.

Roket Chang’e-3 yang membawa kenderaan berkenaan yang dinamakan sebagai Jade Rabbit dilancarkan tepat jam 1.30 pagi waktu tempatan.

Imej pelancaran roket berkenaan disiarkan secara langsung oleh badan penyiar rasmi, CCTV dari Pusat Satelit Angkasa Lepas Xichang di barat daya negara itu.

Kenderaan khas itu dijadual mendarat di bulan pertengahan bulan ini.

Program yang diketuai angkatan tentera China itu bermatlamat untuk mewujudkan stesen angkasa lepas kekal menjelang 2020 dan merancang untuk menghantar manusia ke bulan.

Kenderaan itu diberi nama Jade Rabbit atau “Yutu”, yang dipilih oleh 3.4 juta pengundi berdasarkan tinjauan pendapat menerusi online. – AFP

0 comments:

Post a Comment