Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment
Abhisit (dua, kanan) tiba di Mahkamah Jenayah di Bangkok, semalam. Foto: EPA

BANGKOK - THAILAND. Bekas Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva, semalam didakwa melakukan pembunuhan dengan mengarahkan tentera untuk melakukan tindakan kekerasan ke atas kumpulan Baju Merah pada 2010.

Peguam beliau, Bandit Siripan berkata kepada AP, Abhisit menafikan dakwaan itu dan beliau dibebaskan dengan ikat jamin 1.8 juta baht (RM181,000).

"Pra-perbicaraan akan diadakan pada 24 Mac depan," katanya.

Difahamkan, lebih 90 maut manakala kira-kira 1,900 lagi cedera dalam pertempuran antara Baju Merah dan pihak berkuasa di Bangkok, tiga tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Baju Kuning dilaporkan bertindak memotong bekalan kuasa elektrik di pekarangan pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dalam usaha untuk memberi tekanan kepada beliau supaya meletak jawatan.

Bagaimanapun, Yingluck tidak berada di pejabat beliau ketika Baju Kuning cuba untuk menawan semula Rumah Kerajaan tersebut.

Di sebuah lokasi rahsia, adik kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra itu mengumumkan bahawa satu mesyuarat bersama semua sektor akan diadakan untuk mencari jalan penyelesaian bagi menamatkan krisis tersebut pada 15 Disember ini. 

0 comments:

Post a Comment