Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment
Seorang anggota bomba sedang meninjau dan memeriksa bangunan kilang terbabit selepas api dipadamkan, semalam.

BUKIT KAYU HITAM - Sebuah kilang pembungkusan minyak masak musnah dalam satu kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam , dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 12.35 pagi itu merupakan kebakaran kedua kilang terbabit selepas kejadian pertama beberapa bulan lalu.

Seorang pekerja yang dikenali sebagai Lee, 30-an, berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira 10 pekerja di kilang itu.

Menurutnya, bangunan yang rosak akibat kebakaran pertama masih belum dibaiki dan kini satu lagi bangunan turut dijilat api.

“Selepas kejadian pertama, kilang menggunakan sebuah bangunan lagi untuk meneruskan operasi. Di sini kita memproses pembungkusan minyak masak untuk eksport,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, M Pathmanathan berkata, seramai 50 anggota dengan kekuatan lima jentera bomba Bukit Kayu Hitam, Alor Setar dan Jitra serta bomba sukarela ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Kita menerima panggilan pada jam 12.35 pagi dan jentera pertama sampai enam minit kemudian. Ketika pasukan bomba sampai api sedang marak.

“Kita berjaya mengawal api kira-kira jam 3 pagi, manakala api dipadam seluruhnya pada jam 6.45 pagi,” katanya ketika dihubungi.

0 comments:

Post a Comment