Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 3, 2013

No Comment

Sejajar dengan kemenangannya meraih trofi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2013, Miera Liyana akhirnya berjaya membuktikan dirinya bukan sekadar pelakon kontroversi seperti yang sering dilabelkan kepadanya sebelum ini.

Pelakon berusia 19 tahun ini juga berkata dia sama sekali tidak menyangka akan berjaya mengenggam anugerah yang menjadi idaman setiap pelakon di Malaysia itu.

“Terus terang, memang saya tidak menyangka untuk menang anugerah itu. Bila nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya sendiri terkejut kerana menyangka kemenangan sepatutnya berpihak kepada orang lain.

“Apatah lagi peranan saya dalam filem Pecah hanya membabitkan empat babak sahaja. Jai apabila sudah tercalon untuk kategori berkenaan, kira sudah bersyukur buat saya,” katanya memetik laporan portal Murai.

Nama Miera sebelum ini lebih sinonim dengan kontroversi apabila penampilan seksinya di sebuah majlis anugerah menjadi cacian pemerhati industri hiburan tempatan selain kisah cintanya yang kecundang dengan pelakon Shahrizal Jaszle.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment