Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 3, 2013

No Comment

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) kini sedang dalam proses rundingan dengan sebuah syarikat di China untuk mendirikan Akademi Bolasepak Johor – Chelsea, demikian menurut Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda yang juga merupakan Presiden PBNJ dalam satu status laman Facebook Kesultanan Johor berkata akademi itu nanti akan menggunakan modul akademi bolasepak kelab Chelsea.

Selain itu baginda turut mengumumkan bahawa laman web Johor Southern Tigers dan JDT TV kini telah menjadi tontonan di lebih 44 buah negara.

“Terdapat lebih sejuta hits di laman web kita ketika siaran langsung perlawanan Harimau Muda bertemu JDT II pada Jumaat lalu. Pengunjung kedua paling ramai ke laman web kita adalah dari Amerika Syarikat, diikuti Singapura, Kanada dan Jepun.

“Terdapat juga pengunjung dari Eropah, Amerika Latin dan Asia. Kemudahan stadium dan kemudahan lain berkaitan bolasepak di seluruh negeri juga sedang dinaiktaraf,” titah baginda.

Selain itu Tunku Ismail turut menyindir Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila mengatakan baginda tidak memerlukan anugerah dari badan induk itu dalam usaha membangunkan bolasepak di Johor.

“Saya tidak memerlukan sebarang anugerah daripada sebuah badan pentadbir bolasepak yang tidak konsisten untuk mengiktiraf segala kemajuan dan pencapaian Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

“Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah diberi penghormatan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru-baru ini,” katanya.

Menurut baginda, selain pasukan kebangsaan Malaysia pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan JDT II kini menjadi pasukan pertama dalam negara ini yang mendapat tajaan jenama sukan gergasi Nike.

Di akhir status itu, Tunku Ismail dengan tegas mengingatkan bahawa baginda hadir dalam kancah bolasepak negara bukan untuk bertanding tetapi ingin mencipta legasi yang akan diingati generasi akan datang.

“Saya bukan di sini sekadar untuk bertanding, saya ingin menempa legasi yang akan diingati sehingga generasi-generasi mendatang.

“In Shaa Allah, Johor akan sentiasa dan kekal sebagai Johor,” titah Tunku Ismail.

Oleh : KUMBANG WIRA

0 comments:

Post a Comment