MUMBAI – Polis telah memaksa seorang pencuri makan 96 biji pisang dalam tempoh 24 jam bagi mendapatkan semula rantai emas yang ditelannya ketika menaiki keretapi dari Mumbai menuju ke Gondia.
Pencuri itu, Damu Gupta, 28, telah meragut rantai emas seberat 11 gram milik Dr Sheetal Kamble dan memasukkan ke mulutnya selepas dia ditangkap oleh penumpang lain dalam keretapi terbabit.
Namun Gupta mendakwa dia tidak bersalah dan orang ramai yang menangkapnya juga gagal menemui barang kemas berkenaan.
Bagaimanapun salah seorang penumpang memberitahu bahawa dia nampak Gupta menelan rantai tersebut, lalu mereka mencadangkan supaya dia dibawa ke balai polis.
Polis kemudiannya terpaksa membawa Gupta menjalani x-ray dan imbasan selama beberapa hari untuk mengesan rantai terbabit.
Akhirnya, pada hari Krismas lalu, ultrasound yang dijalankan menemui rantai tersebut dalam perutnya.
.Selepas dipaksa makan pisang, polis akhirnya mendapat semula rantai itu dan Gupta juga telah mengaku mencuri barang kemas tersebut.
Polis kini dalam usaha untuk menyerahkan semula rantai itu kepada Dr Kamble yang menetap di Akola, berhampiran Gondia.
0 comments:
Post a Comment