Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

New Jersey – Elwood, anjing yang dinobatkan sebagai anjing paling hodoh di dunia pada 2007, telah mati selepas beberapa bulan berdepan dengan masalah kesihatan.

Menurut pemiliknya, Karen Quigley, kematian anjing kesayangannya itu amat mengejutkan selepas ia menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh.

Elwood, 8, yang mempunyai wajah hodoh itu, mendapat gelaran berkenaan pada pameran Sonoma-Marin .

Binatang itu turut digelar `Yoda’ oleh orang ramai kerana wajahnya sama dengan watak E.T dalam filem sains fiksyen itu.

Ia diselamatkan oleh Quigley pada 2005, ketika Elwood hanya berusia beberapa bulan.

“Disebabkan wajahnya amat hodoh, maka pemiliknya ketika itu mahu membunuhnya, kerana ia tidak akan laku untuk dijual,’’ kata Quigley.

Selepas dinobatkan sebagai anjing paling hodoh di dunia, Edwood menjadi terkenal dan mempunyai ramai peminat, malah Edwood telah muncul dalam lebih 200 majlis anjuran badan bukan kerajaan untuk tujuan amal, bagi menyelamatkan anjing-anjing terbiar.

Quigley turut menulis sebuah buku kanak-kanak selepas mendapat inspirasi daripada anjingnya itu yang berjudul “Everyone Loves Elwood’’ dengan mesej tiada salahnya jika anda berbeza dengan individu lain.

“Edward berjaya membuat orang ramai tersenyum dan ketawa. Kami akan merinduinya,’’ kata Quigley.

0 comments:

Post a Comment