Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

London – Bintang bola sepak Liverpool, Steven Gerrad telah diserang oleh samseng jalanan di luar sebuah kedai, berhampiran rumahnya di sebuah kawasan mewah.

Ketika itu Gerrard baru keluar daripada kereta Range Rover miliknya.

Gerrard, 33, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan, hanya terkejut dengan kejadian tersebut.

Ketika kejadian, dia hanya berseorangan, namun insiden itu telah meningkatkan kebimbangan berhubung keselamatan Gerrard yang menetap di situ bersama isteri dan tiga anaknya.

Ia bukan kali pertama Gerrard menjadi mangsa serangan, pada September lalu, seorang peminat yang `gila’ telah mengugut pemain bola sepak itu dan keluarganya.

Pada 2007, rumahnya telah dimasuki perompak bertopeng.

Dalam pada itu, pihak berkuasa mengesahkan bahawa mereka kini sedang menjalankan siasatan berhubung serangan sama yang berlaku pada bulan Ogos lalu.

Beberapa jam selepas itu, seorang anggota polis wanita telah ditangkap kerana cuba mendapatkan rakaman insiden kejadian itu melalui CCTV.

0 comments:

Post a Comment