Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkuatkuasa semalam iaitu 1 Disember.

Menurut kenyataan dari pejabat Dr Mahathir hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun dimaklumkan dengan keputusan itu melalui satu surat bertulis tangan pada 29 November lepas.

Dr Mahathir bagaimanapun akan kekal sebagai Penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Langkawi dan Penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Tioman serta Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Selain itu bekas Perdana Menteri keempat itu juga merupakan Penyelaras Pembangunan Sempadan Malaysia-Thailand dan juga Penasihat syarikat milik Kumpulan DRB-Hicom Proton Holdings.

Beliau dilantik sebagai Penasihat kepada Petronas selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.

Keputusan negarawan tersebut berkemungkinan didorong oleh faktor kesihatan berikutan gangguan kesihatan yang dialaminya baru-baru ini.

Dr. Mahathir dirawat hampir 10 hari bermula 16 November lalu di Institut Jantung Negara setelah didapati terkena jangkitan paru-paru.

Dengan perletakan jawatan ini, Dr Mahathir akan mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk menumpukan kepada kesihatan.

0 comments:

Post a Comment