Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

Kuala Lumpur – Seorang wanita mendakwa diugut bunuh oleh suaminya jika tidak melacurkan diri bagi melunaskan hutang lelaki itu kepada kumpulan ceti haram.

Difahamkan, lelaki terbabit yang juga dikatakan mengalami tekanan perasaan, bertindak demikian selepas sering diganggu ahli kumpulan berkenaan.

Dia mulanya membuat pinjaman untuk dijadikan modal memulakan perniagaan, tetapi tidak diteruskan berikutan kesihatan ibu dan bapanya yang kronik.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, berkata dia bukan saja buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana dipukul dan dimaki suaminya termasuk ketika di depan ahli keluarga.

Pernah dihunus parang

“Pernah dia menghunus parang panjang ke leher saya ketika sedang marah selepas didatangi ahli kumpulan ceti haram terbabit. Saya juga pernah dipijak serta dihentak ke lantai di depan ibu bapa serta seluruh ahli keluarga saya baru-baru ini.

“Malah, suami pernah mengugut dia tidak gentar untuk bunuh saya dengan alasan, dia hanya akan dimasukkan ke Hospital Bahagia kerana masalah mental dialaminya,” katanya kepada BH.

Lina berkata, jumlah asal pinjaman yang dibuat hanya RM4,000 dan bayaran balik sudah dilunaskan selama 12 bulan dengan yang terakhir, Ogos lalu.

“Untuk bayar pinjaman, wang pencen dalam akaun ayah saya dipotong RM620 sebulan dan sehingga pembayaran terakhir, jumlah yang sudah dipotong RM7,440. Kad ATM ayah juga dipegang kumpulan terbabit, sedangkan hanya itulah wang untuk kami sekeluarga lapan beranak berbelanja setiap bulan,” katanya. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment