BERIKUT adalah gambar tiga adik beradik yang dibunuh, termasuk seorang daripadanya yang juga disyaki dirogol di Kedah.
Kesemua mangsa ditemui di dua lokasi berlainan.
Ketiga-tiganya dilaporkan keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.
Setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.
Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata anaknya itu yang hanya bersekolah setakat Darjah Enam berpendapatan RM15 sehari.
Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempat rumah rakannya itu.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi
0 comments:
Post a Comment