PERCAYAKAH anda gaya hidup pasangan anda juga mampu mempengaruhi gaya hidup anda samada ke arah yang lebih sihat atau tidak?
Itu antara realiti yang dihadapi oleh beberapa pasangan selebriti Hollywood yang kami senaraikan di bawah:
Pasangan ini kerap dirakam bersenam dan menjalani latihan fizikal bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan menarik di sekitar kediaman mereka di New York. Biel dikatakan mempunyai lengan yang menawan melalui ‘push-ups’ dengan bantuan jurulatih peribadinya, Jason Walsh.
Will Smith dan Jada Pinkett
Suami-isteri yang cukup bahagia ini menjadikan yoga sebagai amalan. Menurut Pinkett, kebiasaannya aktiviti itu dilakukan setiap satu jam pada malam hari di rumah. Bukan sahaja latihan secara fizikal membantu pasangan ini untuk hidup dengan gembira, kepercayaan antara satu sama lain juga menjadikan jiwa mereka lebih tenang.
Josh Duhamel dan Fergie
Pasangan pelakon dan penyanyi ini memang terkenal disiplin dalam menjalani ‘workouts’, larian dan latihan ‘push-ups’. Fergie sendiri pernah kehilangan berat sebanyak 13 paun dalam masa yang agak singkat. Sesekali, mereka juga turut menikmati aktiviti luar yang menyeronokan seperti memancing apabila tidak bekerja.
Ozzy dan Sharon Osbourne
Mereka mungkin dilihat bahagia di luar, namun hakikatnya gaya hidup yang mereka jalani nyata kurang menyenangkan. Ozzy berterus-terang mengakui bahawa dia sangat gemarkan alkohol dan turut mengambil dadah kepada CNN. Isterinya pula pernah menjalani rawatan untuk penyakit kanser kolon yang dihadapinya.
Sean Penn dan Robin Wright
Kedua-duanya berjaya dalam karier lakonan, namun dari segi kesihatan, mereka mungkin boleh dianggap gagal. Pasangan ini cukup dikenali dengan tabiat buruk iaitu merokok. Penn sendiri pernah menghisap dua batang rokok secara serentak sewaktu sidang akbar Cannes. Perpisahan mereka pada tahun 2010 nyata meningkatkan lagi tabiat buruk mereka termasuk pengambilan alkohol.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment