Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

Lazimnya kalau seseorang pelakon itu telah memenangi satu-satu anugerah, maka secara automatiknya dengan pengiktirafan tersebut dijadikan tiket oleh artis berkenaan menaikkan bayaran lakonannya. Namun bagi Izreen Azminda dia masih lagi belum berubah fikiran.

Tidak mahu menjadikan trofi yang dimilikinya pada malam Anugerah Skrin 2013 Sabtu lalu sebagai sandaran untuknya menaikkan pendapatan lakonannya. Sebaliknya kejayaan sulungnya itu dijadikan penguat semangat untuknya terus memberikan lakonan terbaik lagi berkesan samada menerusi drama mahupun filem.

Izreen memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi drama Perempuan Itu Ibuku.

“Syukur. Ini anugerah pertama saya selepas 8 tahun bergelar pelakon. Saya betul-betul tak sangka, macam mimpi. Ini kira juga sebagai rezeki anak saya. Semasa saya jalani penggambaran drama ni saya baru dapat tahu yang saya hamil 5 minggu. Lebih manis, produksi abang Rosyam yang mula-mula ambil saya dan berlakon, sekarang ni saya menang pula bagi drama terbitan produksi dia.

“Tapi tak semestinya selepas ni harga saya dah naik. Saya masih lagi letak bayaran yang sama sepertimana sebelum ini. Saya belum berani lagi letak harga mahal sebab saya lebih risau kalau saya tak dapat beri komitmen setanding dengan bayarannya nanti. Jadi buat masa ini harga saya masih sama”, katanya ketika ditemui sewaktu sidang media pada malam tersebut.

Menyedari dirinya tidak bertuah seperti sesetengah pelakon baru yang mudah mengecap populariti, meskipun begitu pengalaman juga cabaran yang dilalui selama hanya sekadar pelakon tambahan hingga kini dia menjadi semakin pilihan ramai produser, sangat mematangkan bekas Dewi Remaja 2006 ini.

“Saya sedar saya lambat aik berbanding orang lain. Tapi macam-macam pengalaman dan cabaran yang saya lalui selama ni banyak mengajar saya. Saya bermula sebagai pelakon tambahan dan hanya satu rangkap dialong saja.

“Saya ingat lagi, abang Rosyam orang pertama datang kepada saya dan cabar saya suruh saya kurus. Dia kata, kalau saya kuruskan badan dia akan ambil saya berlakon dan drama pertama saya sebagai pelakon tambahan, Sesuci Cinta Sofea, lakonan abang Rosyam dan Rozita Che Wan.

“Alhamdulillah, lama-kelamaan ramai yang nampak bakat saya. Sekarang ni pun banyak perubahan saya alami. Kalau dulu saya ala tomboy dan kasar. Mungkin itu yang susah produser nak ambil saya berlakon. Tapi sejak jadi ibu ni, saya lebih feminin lah skit (gelak)”, kata ibu kepada Muhammad Adrian Umar, (5 bulan) ini.

Perkembangan lain, Izreen bakal muncul dalam drama berantai terbitan Suhan Movie berjudul 7 Suami Nik Yah, tidak lama lagi. – Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment