Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

Setiap kali berlangsungnya anugerah yang melibatkan dunia lakonan, asal kalau ada nama Shaheizy Sam tak kiralah dalam mana-mana kategori sekalipun, biasanya adik kepada pelakon Zizie Ezette berjaya membawa balik satu trofi.

Dan pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2013, Jumaat lalu, Sam menambah satu lagi koleksi trofinya apabila dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem araha Shafiq Yusof, S.A.M (Saya Amat Mencintaimu).

“Kemenangan kali ini saya memang betul-betul tak jangka. Sebenarnya bila menang saya rasa takut, tak menang pun saya takut. Orang letak harapan tinggi pada kita bila kita dapat satu satu anugerah. Saya sentiasa perlu pertingkatkan mutu lakonan. Dan saya sedar setiap yang naik, sampai satu masa seseorang itu pasti akan turun dan berganti dengan orang baru. Sebab industri kita ni kecil saja”, katanya ketika ditemui sejurus usai acara.

Perkembangan terbaru, Sam bakal muncul menerusi filem Manisnya Cinta di Cappadocia, Mamat Cupcake dan Adnan Sempit 4, yang semuanya akan ditayangkan pada tahun hadapan. – Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment