Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 3, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Astro sepatutnya mempertingkatkan mutu perkhidmatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengenakan caj tambahan kepada orang ramai.

Timbalan Ketua Koordinator Jingga 13, Amizuddin Ahmat berkata, tindakan Astro menambah caj pakej famili dan sukan masing-masing RM2 dan RM6 berkuatkuasa 24 November lalu melampau.

“Astro sewajarnya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka yang sering menayangkan filem,segmen atau cerita yang sama berulang-ulang dan kurang bermutu.

“Malah apabila cuaca hujan, pelanggan gagal mendapat siaran dan mereka juga disajikan dengan iklan yang banyak,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Amizuddin melihat tindakan Astro menaikkan caj pakej sukan untuk mengambil kesempatan daripada pertandingan Piala Dunia FIFA 2014.

Katanya, Astro sepatutnya menghentikan tindakan menaikkan kadar perkhidmatan tersebut dengan segera untuk membantu rakyat mengurangkan beban ekonomi.

Sehubungan itu beliau menggesa orang ramai memboikot Astro dan menghentikan pembayaran sehingga kenaikan caj itu dihentikan dan mutu perkhidmatan diperbaiki.

“Kenaikan (caj) yang tidak munasabah dan tidak masuk akal,” katanya.

0 comments:

Post a Comment