Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 3, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu mendapatkan penjelasan daripada pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung kedudukan Tan Sri Annuar Musa dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Beliau turut memaklumkan akan berjumpa dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Annuar berhubujng pengesahan AFC bahawa Annuar tidak boleh berada dalam jawatankuasa tersebut kerana statusnya yang masih dalam penggantungan.

“Saya juga akan mendapatkan penjelasan dari pihak AFC dalam isu-isu lain. Selepas demikian, saya akan berjumpa dengan pihak FAM dan juga Annuar untuk menyelesaikan isu ini.

“Saya tidak mahu melihat FAM diambil tindakan oleh pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) oleh kerana jawatankuasa ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin sebelum ini menegaskan Annuar tidak boleh berada dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara kerana statusnya yang masih dalam penggantungan.

Hamidin mendakwa, perkara itu disahkan AFC melalui surat balas daripada badan bola sepak Asia itu mengenai isu baru-baru ini yang menekankan Annuar hang juga Timbalan Presiden FAM tidak boleh berada dalam jawatankuasa tersebut kerana masih dalam tempoh penggantungan.

Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan digantung selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara berperanan sebagai platform untuk setiap ahli memberi cadangan dan pendapat bagi menambah baik perancangan pembangunan bola sepak negara.

Justeru, katanya, tujuan beliau (melantik Annuar) adalah untuk memastikan bahawa jawatankuasa itu inklusif dan melibatkan pelbagai pihak berlandaskan pengalaman yang pelbagai dan percaya Annuar boleh menyumbang secara positif.

Namun, katanya, jawatankuasa itu amat memerlukan penglibatan FAM yang mewakili badan pengendalian liga professional di mana ‘graduan’ pelan itu tertumpu kepada penglibatan bakat awal berumur 7 hingga 17 tahun yang diharapkan dapat diserap masuk.

Jelasnya, pelan pembangunan bola sepak amat penting kerana ia bukan saja melibatkan pemain remaja dan jurulatih, tetapi juga untuk membentuk falsafah dan `DNA’ bola sepak tanah air bagi membentuk generasi pemain bola sepak yang lebih mantap pada masa depan.

“Fasa pertama pelan ini mempunyai garis masa dari tahun 2014 hingga ke 2020 di mana sasaran kita adalah untuk melayakkan diri ke pertandingan Piala Dunia Belia 2019. Pelan ini akan membabitkan 52,000 pemain menjelang tahun 2020,” katanya.

0 comments:

Post a Comment