Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 3, 2013

No Comment

Selain diserang demam sebanyak tiga kali, pelakon Remy Ishak memberitahu sejaka kebelakangan ini dia terpaksa mengasingkan dirinya daripada kawan-kawan juga orang ramai. Tindakannya itu kerana mahu mengelak daripada berlaku sebarang perkara buruk. Ini kerana akui Remy, ada ketika dia tidak dapat mengawal perasaannya yang mudah naik angin atau lebih tepat panas baran. Kenapa dia bersikap sebegitu?

Semuanya kerana mahu menghidupkan watak Iskandar menerusi drama terbaru lakonannya berjudul Jiwa. Dalam drama arahan pengarah berkaliber Khabir Bahtia itu, menuntut Remy menjadi seorang yang agresif, pembengis, mudah naik angin dan lantang.

“Saya ni seorang yang susah nak cut-off karakter saya lepas habis shooting terutama untuk watak-watak tertentu. Saya akui itu kelemahan saya. Jadi bila bawakan watak Isklandar ni, karakter tu saya memang terbawa-bawa hingga ke luar set. Iskandar ni dia seorang yang aggresif, suka memberontak tak nak mengalah sebab dari kecil dia didik dengan cara yang macam tu. Gurauan dia kasar dan dia lantang.

“Watak ni tenaga yang perlu guna fizikal, mental dan tenaga yang banyak. Dalam usia 31 tahun ni memang tak dinafi bila bawa watak ni satu cabaran besar juga. Rasa tertekan sikit. Semua babak saya berat. Sepanjang shooting, dah tiga kali saya demam.

“Saya jadi mudah sensitif, nak marah saja. Jadi bengis dan cepat naik angin. Sebab itu lah sepanjang penggambaran drama ni, saya elak daripada bergaul dengan khalayak ramai. Dengan rambut saya, riak wajak saya yang begini, dengan fizikal saya yang cengkung. Saya takut nanti kalau ada apa-apa yang tak kena di mata saya walaupun ia hal kecil, saya takut saya tak dapat kawal kemarahan saya. Jadi habis penggambaran saja saya balik rumah”, katanya Remy Ishak sewaktu ditemui di set penggambaran drama tersebut di Stadium Titiwangsa, baru-baru ini.

Bimbang juga dengan sikap yang ada dalam diri ya itu, Remy berkata dia ada meminta nasihat daripada aktor berkaliber, Faizal Hussein. Kebetulan Faizal turutt berlakon bersamanya dalam drama aksi itu.

“Saya ada minta nasihat daripada idola saya, abang Faizal. Dia cakap, memang sikap macam ni tak bagus tapi perkara tu normal dan akan mengambil masa. Tapi tak adalah 100% apa yang saya lakonkan dalam set saya bawak keluar set. Cuma kadang-kadang tu cepat naik angin”, katanya sambil tersenyum.

Jiwa terbitan Filmscape Sdn Bhd mengisahkan tentang dua beradik tiri Iskandar dan Jiwa hasil perkongsian hidup Alif Rizal dengan isteri pertama, Mastura dan Zulaikha. Berlaku satu konflik antara dua beradik ini gara-gara satu insiden sehingga yang menyebabkan ibu Iskandar meninggal dunia.

Iskandar bersumpah tidak akan memaafkan perbuatan Alif. Dia turut menyalahkan Jiwa atas kematian ibunya dan memutuskan hubungan mereka adik beradik. Sejak itu mereka membawa haluan masing-masing.

Jiwa berjaya menjadi seorang guru namun Iskandar semakin hanyut dalam dunia samseng. Apakah yang bakal berlaku seterusnya. Saksikan drama bersiri Jiwa di slot Aksi yang juga meampilkan barisan pelakon seperti Faizal Hussein, Kamal Adli, Siti Elizad dan Sheila Mambo mulai 5 Februari 201, jam 9 malam, di TV3. - Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment