Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

HARI ini,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan tenang menjawab soalan provokasi daripada Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkenaan prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menembak penjenayah.

Khalid menjawab semua pertanyaan Lim dengan tenang dalam perbualan antara kedua-duanya di dalam Twitter semalam.

Lim pada mulanya bertanya sebagai reaksi kepada ucapan tahniah Khalid kepada pasukan Crime Response Team (CRT) kerana berjaya mematahkan cubaan samun pecah rumah di ibu negara.

“Syabas pasukan CRT PDRM Kuala Lumpur, tadi berjaya patahkan cubaan samun pecah rumah di Kuala Lumpur, dalam berbalas tembak satu penjenayah mati dan satu cedera,” kata Khalid dalam Tweetnya.

Tiba-tiba Lim bertanya satu soalan “Mengapa SOP Polis tembak sulit?” melalui tweetnya.

Khalid dengan tenang menjawab “Bukan tembak sulit YB, tetapi berbalas tembak, dalam bahasa Inggerisnya Shootout, bahasa cina nanti saya cari,” jawab Khalid.


Lim kemudian meneruskan pertanyaan “Maksud saya, mengapa SOP PDRM tembak adalah sulit? Mengapa ia tidak boleh diumumkan di dalam atau di luar Parlimen?”

Kemudian Twitter PDRM dengan twithandle @PDRMsia menjawab jika didedahkan SOP tembak, penjenayah akan mengetahui strategi polis dalam menumpaskan mereka.

“Kalau didedahkan SOP tembak, penjenayah dah tahu segala tindakan polis, ini mendatangkan risiko tinggi kepada pegawai polis,” katanya.


Kemudian Khalid dilihat tidak menjawab lagi tweet Lim yang berbunyi tidak berpuas hati selepas terkena dengan jawapan tepat yang diberikan oleh PDRM.

“SOP Polis tembak patut didedahkan demi ketelusan dan menafikan tuduhan PDRM ‘trigger happy’. Mengapa takut kalau tak salah?,” katanya.

Anda nilaikan sendirilah tahap mana kualiti soalan Ahli Parlimen Segambut ini dan jawapan dari Ketua Polis Negara dalam menangani pembangkang yang bersikap celupar dan suka melakukan provokasi.

0 comments:

Post a Comment