Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment


Berikutan kematian tragik Paul Walker yang maut dalam kemalangan, Sabtu lalu, pihak penerbitan filem francais Fast & Furious akan menangguhkan seketika penggambaran filem tersebut.

Fast & Furious 7 yang kini masih lagi dalam proses penggambaran telah memulakan ‘shooting’ sejak November lalu.

Menurut sumber THR, pihak Universal dan krew di belakang tabir telah mengadakan perbincangan untuk menentukan hala tuju filem tersebut selepas ini.

Mereka telah bersetuju untuk menangguhkan seketika penggambaran filem F&F7 yang diarahkan oleh pengarah filem seram Insidious dan The Conjuring, James Wan.

Dengan ketiadaan Paul, bagaimanakah kesudahan nasib watak Brian O’Connor yang dilakonkannya?

Sama-sama kita nantikan filem yang dilaporkan bakal menjengah pawagam pada Julai 2014.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment