KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendakwa kerajaan Malaysia mengamalkan pendekatan “top-down approach” dalam menguruskan ekonomi negara.
Beliau mendakwa, pendekatan melibatkan keputusan ekonomi dibuat sepenuhnya oleh kepimpinan untuk dilaksanakan golongan bawahan itu menjejaskan rakyat negara ini.
“Pendekatan ini tidak mempedulikan aspirasi rakyat yang ingin bersama-sama merasakan kehidupan dalam kemakmuran dan kesejahteraan.
“Justeru tidak menghairankan bila (Bank Amerika) Merrill Lynch meramalkan Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang muda dan miskin pada tahun 2030,” dakwanya melalui satu kenyataan semalam.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memberi contoh pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan antara pendekatan “top-down approach” tersebut.
Dakwanya, pengenalan dasar tersebut akan melebarkan jurang ekonomi di Malaysia.
Justeru, beliau mempersoalkan Malaysia pada awalnya membangun bersama-sama Korea Selatan dan Singapura tetapi akhirnya ketinggalan berbanding dua negara itu.
0 comments:
Post a Comment