Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

Pelakon Sharnaaz Ahmad di laman Instagramnya memberi amaran terakhir kepada mereka yang kerap mengaitkan namanya dengan isu antara Johan As’ari, Lana Nordin dan Shila Amzah.

“Ni last warning kepada sesiapa yang nak pandai pandai kait kan aku dengan Shila atau Johan, aku tiada kena mengena,” antara petikan gambar Instagram yang dimuatnaik Sharnaaz.

Isu ini yang kecoh secara tidak langsung memang akan mengaitkan nama Sharnaaz kerana percintaan dia dengan Shila anak kepada penyanyi veteran ND Lala.

Ini kerana Sharnaaz memang pernah ada hubungan istimewa dengan Shila Amzah sehingga tahap melibatkan bapa Shila iaitu ND Lala dan hubungan itu akhirnya terputus di tengah jalan sebelum kemudiannya putus pula dengan Johan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Sharnaaz dilihat memuatnaik sekeping foto yang mengandungi kenyataan berbaur amaran kepada pengguna laman sosial.

Penulis rasa eloklah berbincang sesama sendiri untuk mencari jalan penyelesaian daripada marah-marah di laman sosial seperti ini.


0 comments:

Post a Comment