Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

NORWICH – Jaringan Danny Welbeck pada separuh masa kedua pada perlawanan lewat tengah malam tadi berjaya memberikan tiga mata penuh kepada Manchester United selepas menewaskan Norwich 1-0, sekali gus melonjakkan kelab itu ke tangga keenam liga.

United bernasib baik apabila berjaya memecahkan benteng pertahanan Norwich pada minit ke-57, apabila tendangan padu Welbeck terus ke gawang berjaya menewaskan penjaga gol Norwich, John Ruddy.

Pasukan kendalian David Moyes itu terpaksa mengharungi beberapa perlawanan tanpa tonggak utama, Robin van Persie dan Wayne Rooney, yang mengalami kecederaan, tetapi masih memungut tiga mata penuh dalam empat perlawanan berturut-turut, hanya dua mata di belakang Liverpool yang berada di tempat keempat. – AP

0 comments:

Post a Comment