Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

SEREMBAN – Sekumpulan penyamun terpaksa berputih mata apabila cubaan mereka memecahkan peti besi milik sebuah syarikat pemaju perumahan di Taman Koop, dekat sini, semalam berakhir dengan kegagalan.

Menurut salah seorang pekerja di situ yang enggan identitinya didedahkan, pejabat terbabit telah diceroboh tiga lelaki tidak dikenali kira-kira jam 2 pagi.

“Pada masa itu, hanya seorang pengawal keselamatan berusia 63 tahun sedang bertugas menjaga bangunan. Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana salah seorang penjenayah telah memegang serta mengugutnya supaya tidak membuat bising.

“Sejurus selepas itu, ketiga-tiga suspek berkenaan mula menggeledah seluruh pejabat untuk mencari barangan berharga. Bagaimanapun, usaha mereka memecahkan peti besi terletak di tingkat paling atas menggunakan mesin penggerudi tidak berhasil,” katanya.

Menurutnya, penjenayah berputus asa dan membatalkan niat mereka selepas mencuba hampir tiga setengah jam, berikutan peti besi disasarkan terlalu tebal untuk ditembusi.

“Sebelum beredar, mereka telah memasukkan pengawal keselamatan yang telah diikat kedua-dua belah tangannya ke dalam sebuah bilik lantas ditinggalkan di situ.

“Penjenayah kemudiannya melarikan diri bersama lebih kurang 100 botol arak mahal pelbagai jenis, koleksi barang antik dan sedikit wang tunai,” katanya yang menjelaskan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.

Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit menghubungi pihak polis tidak berapa lama kemudian bagi memaklumkan kejadian yang berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Zainal Abu mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes sedang dalam siasatan. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment