Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

Setiap daripada kita pastinya mempunyai impian, begitu jugalah dengan penyanyi yang semakin mencipta nama di persada seni di tanah besar China, Shila Amzah.

Penyanyi berusia 23 tahun ini sebenarnya menyimpan cita-cita sebagai seorang pendidik sekiranya tidak bergelar penyanyi.

Memetik kenyataannya di portal Murai, “Shila suka dan sayangi kanak-kanak dan mempunyai impian utnuk membuka sebuah kindergarden (tadika), di situ boleh menghabiskan masa dengan mereka dan belajar bersama-sama”.

Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, tahun ini pastinya menjadi tahun yang mendukacitakan buat Shila apabila hubungan cinta yang dijalinnya sentiasa tidak mencatatkan perjalanan hidup yang indah.

Awal tahun ini sahaja, dia berpisah dengan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad selain kontroversi hubungan mesranya dengan seorang lagi pelakon Juvana, Johan As’ari.

Mengulas mengenai perkara itu, Shila kini hanya mengharapkan yang terbaik selain menyerahkan ketentuan jodohnya di tangan Yang Maha Esa.

“Soal jodoh itu, Shila letakkan di ketentuan Ilahi, tidak memilih paras rupa atau pangkat yang penting memahami kerjaya dan pendirian Shila,” ujarnya lagi.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment