SNIPE POINT, Florida – Hasil bedah siasat ke atas 11 ekor ikan paus pilot yang dijumpai terdampar di pantai Florida Keys di sini mendapati, haiwan tersebut mati akibat kekurangan zat makanan, kata beberapa pegawai persekutuan kelmarin.
Koordinator Jabatan Pentadbiran Atmosfera dan Oseanik Kebangsaan, Blair Mase berkata, paus itu tidak makan mungkin kerana dijangkiti penyakit atau berada di luar laut dalam yang menjadi habitat asalnya.
“Sudah berapa lama paus-paus itu ditemui terdampar di kawasan tersebut masih belum diketahui dan kami tidak pasti punca mamalia itu mengalami kebuluran,” katanya pada satu sidang akhbar.
Menurut Mase, hasil bedah siasat mendapati, beberapa ekor paus itu tidak makan selama berminggu-minggu atau beberapa bulan.
“Ada kemungkinan terdapat lebih banyak ikan paus di kawasan berkenaan,” katanya.
Seorang nelayan telah menjumpai 11 ekor ikan paus terdampar sebelah menyebelah di pantai berkenaan pada Ahad lalu. – AP
0 comments:
Post a Comment