Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

KOTA TINGGI – Seorang ibu tunggal di Kampung Mad Jambi, di sini, rela menetap di sebuah rumah yang pada asalnya reban ayam kerana tidak mampu menyewa dan membina kediaman baharu.

Rosliza Yunos, 48, yang menghidap penyakit buah pinggang kini hanya bergantung hidup dengan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, perbelanjaan harian keluarga pula ditanggung seorang anaknya yang bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan RM900 sebulan.

“Dulu, rumah yang kami diami ini asalnya reban ayam. Kerana terlalu terdesak, saya meminta izin ayah untuk menjadikannya sebagai rumah buat kami anak beranak berteduh.

“Salah seorang anak saya adalah orang kurang upaya (OKU). Dua anak saya sepatutnya masih bersekolah, tetapi kerana tidak mampu, seorang daripada mereka terpaksa berhenti,” katanya ketika menerima lawatan rombongan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim, di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Sedili, Rasman Ithnain; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman; Kadi daerah Kota Tinggi, Mohd Taufik Samsudin dan Pemangku Mukim Hulu Sedili Besar, Mohd Aidil Masih.

Rosliza berkata, dia juga perlu mendapatkan rawatan hemodialisis setiap minggu, namun gagal berbuat sedemikian sejak sekian lama kerana kos rawatan terdahulu yang masih tertunggak.

Sementara itu, Rasman memberitahu, kerajaan negeri bersetuju untuk membina kediaman baru untuk keluarga berkenaan selain membayarkan separuh wang premium berjumlah RM3,000.

Menurutnya, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) juga bersetuju membantu membayarkan kos tertunggak untuk membolehkan Rosliza terus mendapatkan rawatan hemodialisis.

“Hasil lawatan tersebut, sebanyak tiga rumah penduduk yang uzur di Kampung Mad Jambi akan dibina baru. Pihak Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM40,000 untuk setiap kos pembinaan rumah tersebut,” katanya.

Pada lawatan itu, Rosliza turut menerima sumbangan wang fidyah dan barangan makanan daripada MAIJ yang disampaikan Abd Mutalip. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment