Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

Sydney – Seorang remaja maut dibaham jerung, semalam, seminggu selepas kejadian sama mengakibatkan kematian peluncur air.

Polis New South Wales berkata mereka menerima panggilan kecemasan mengenai serangan jerung di Coffs Harbour, kira-kira 450 kilometer (km) di utara Sydney.

Kenyataan polis menyebut, seorang remaja lelaki dipercayai berusia 18 tahun sedang meluncur bersama rakannya kira-kira 100 meter dari pantai apabila kakinya dibaham jerung.

“Rakannya terus membawanya ke pantai dan dia diberi rawatan pasukan paramedik, namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu,” katanya.

Jurucakap paramedik pula berkata mangsa mengalami kecederaan teruk pada kakinya, namun punca kematian dipercayai serangan jantung akibat trauma.

Minggu lalu seorang peluncur air berusia 35 tahun mati dibunuh jerung di Gracetown, kira-kira 270km di selatan Perth.

Jerung sering memasuki perairan Australia, namun jarang menyerang manusia dengan hanya 15 kejadian dilaporkan dalam setahun.

Kejadian terakhir sebelum serangan minggu lalu direkodkan pada Julai 2012 membabitkan seorang peluncur air di barat Australia. – AFP

0 comments:

Post a Comment