Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

Beirut – Beratus-ratus sekolah terpaksa ditutup, manakala jalan raya terputus hubungan apabila ribut musim dingin melanda Asia Barat menyebabkan kem pelarian Syria dilitupi salji tebal.

Konflik yang sudah berlarutan selama tiga tahun itu, mengorbankan kira-kira 126,000 orang manakala dua juta kehilangan tempat tinggal.

Rakaman online oleh aktivis menunjukkan kawasan konflik dilitupi salji manakala sekurang-kurangnya dua kanak-kanak meninggal dunia akibat kesejukan.

Di kem pelarian di sekitar Lubnan, beribu-ribu pelarian Syria terpaksa berlindung di khemah sementara yang tidak dapat memberi perlindungan secukupnya, manakala salji menyebabkan lantai basah dan becak.

Tak suka cuaca dingin

Saya benci cuaca dingin. Apabila salji cair, tanah di dalam khemah menjadi lembik dan berlumpur. Air sejuk menitis di kepala kami, kata remaja di sebuah di Saadnayel, yang hanya dikenali sebagai Sakr.

Keadaan di kem pelarian Zafari di utara Jordan menempatkan 120,000 pelarian, bagaimanapun lebih baik apabila ribut hanya menyebabkan hujan tetapi tiada salji. Pihak berkuasa berkata ia sudah menyediakan 20,000 karavan tetapi beribu-ribu lagi masih tinggal di dalam khemah.

Bank, sekolah dan pejabat di beberapa wilayah lain di Lubnan turut ditutup, manakala salji turun dengan lebat di kawasan tanah tinggi termasuk di Baitulmaqdis, menyebabkan sekolah ditutup dan cuaca diramalkan semakin buruk.

Masalah bahan api

Di Semenanjung Gaza, yang berdepan masalah bahan api, hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa kawasan, manakala suhu jatuh ke paras beku pada waktu malam.

Kebanyakan penduduk terpaksa bergantung kepada generator, berikutan krisis bahan api menyebabkan bekalan elektrik terputus hingga 16 jam sehari.- AFP

0 comments:

Post a Comment