Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

BANGKOK – Panglima Angkatan Tentera Thailand menolak permintaan ketua penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban untuk mengadakan pertemuan semalam.

Pertemuan tersebut diminta oleh Suthep yang ingin memujuk pihak tentera dan polis menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

“Ketua angkatan tentera tidak akan menemui Suthep hari ini (semalam),” kata timbalan jurucakap tentera, Werachon Sukondhapatipak.

Kenyataan tersebut membayangkan bahawa ketua tentera darat laut dan udara juga mengambil pendi- rian serupa.

Pihak tentera telah dan cuba merampas kuasa sebanyak 18 kali dalam tempoh 80 tahun termasuk menggulingkan abang Yingluck, Thaksin Shinawatra pada tahun 2006.

Namun kali ini, pihak tentera menyatakan yang ia tidak mahu terlibat dalam krisis politik dalaman Thailand walaupun bersetuju untuk menjadi pendamai.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada Ketua Polis Thailand akan menemui Suthep tetapi kemungkinan itu tipis memandangkan polis selama ini memihak kepada Thaksin.

Krisis politik Thailand berlanjutan selepas Suthep yang mengetuai kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan bertindak menolak keputusan Yingluck untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2 Februari depan.

Beliau sebaliknya mahu Thailand ditadbir oleh Majlis Rakyat yang di- lantik dan bukan menerusi proses pilihan raya.

Pada Isnin lalu, seramai 160,000 penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya sekitar Rumah Kerajaan di sini tetapi bilangan mereka merosot kepada hanya bebe- rapa ribu orang semalam.- Reuters

0 comments:

Post a Comment