Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

PETALING JAYA – Rusuhan di Little India di Singapura menjadi sebagai amaran bahawa terdapat kemungkinan kejadian yang sama boleh berlaku di Malaysia berikutan jumlah pekerja asing yang ramai di sini.

Timbul kebimbangan bahawa kawasan menempatkan pekerja asing yang berada di bandar-bandar dan bandar-bandar utama negara ini yang mungkin akan mencetuskan keganasan seumpama itu.

Ia bukannya luar biasa bagi pekerja asing untuk membawa persaingan dan permusuhan ke negara di mana mereka bekerja.

Pada akhir Mei lalu, beberapa warga Myanmar terbunuh dalam pergaduhan di antara dua kumpulan pekerja dari negara itu.

Cetusan keganasan telah dikaitkan dengan rusuhan rakyat di negara asal mereka.

Tiga warga Myanmar terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam keganasan itu yang melibatkan mereka di beberapa bahagian di Kuala Lumpur antara 30 Mei dan 4 Jun.

Pihak berkuasa Malaysia menahan lebih 1,000 warga Myanmar dalam serbuan di Kuala Lumpur dan beberapa bahagian Selangor untuk menghentikan rusuhan itu.

Menjawab kebimbangan yang dibangkitkan ekoran rusuhan Singapura, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak polis dan Jabatan Imigresen telah meletakkan langkah berjaga-jaga di beberapa bahagian yang menempatkan pekerja asing di seluruh negara.

Beliau berkata, pegawai-pegawai juga telah diarahkan untuk memantau kawasan di mana pekerja asing berkumpul, terutama tempat-tempat yang telah dikenal pasti sebagai kawasan panas yang berpotensi berlakunya masalah.

“Kami sentiasa memerhatikan aktiviti pekerja asing dan bersedia untuk mengatasi sebarang ancaman yang kemungkinan boleh berlaku,” katanya.

Antara tempat-tempat yang menjadi pemerhatian termasuk mereka yang berada di tengah ibu kota Kuala Lumpur, seperti di pusat membeli-belah KLCC dan Sogo.

“Kami juga meninjau kuarters pekerja di seluruh negara, jadi orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Dr Ahmad Zahid.

Menteri itu turut mendedahkan bahawa pekerja asing yang mempunyai permit kerja sah akan dikeluarkan I-Kad dengan kod bar dan biometrik pengenalan diri tidak lama lagi untuk membantu pihak berkuasa mengawasi mereka dan mengesan mereka yang melakukan jenayah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu bahawa bilangan pekerja asing di Malaysia dengan permit kerja yang sah sehingga 30 Jun tahun ini adalah seramai 2,116,998 orang.

Selain itu, terdapat kira-kira 1.3 juta pendatang asing tanpa izin (Pati) di Malaysia setakat Ogos 2012.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa majikan-majikan dan pihak berkuasa untuk bekerja bersama-sama dalam merangka langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian rusuhan oleh pekerja asing di negara ini.

“Kita bimbang kerana sebarang rusuhan, seperti yang berlaku di Singapura, boleh menjejaskan operasi syarikat di kalangan ahli,” kata Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan.

Beliau berkata, program khas untuk memupuk kesedaran mengenai budaya, adat dan norma tempatan secara terancang perlu diperkenalkan kepada jutaan pekerja asing di sini.

Beliau berkata, program itu boleh dianjurkan bersama oleh majikan, polis dan Jabatan Imigresen dan akan membantu mengurangkan kemungkinan perselisihan antara pekerja asing dan masyarakat tempatan.

Shamsuddin berkata, pekerja asing perlu diingatkan mengenai undang-undang berkaitan jenayah di Malaysia.

Mereka sebagai pekerja asing juga perlu dihalang daripada membentuk kawasan yang berpuak.

“Lokasi seperti itu boleh menjadi kawasan panas untuk mencetuskan masalah sekiranya terdapat ketegangan antara rakyat asing dan penduduk tempatan,” katanya.

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Dr Irene Fernandez bagaimanapun tidak bersetuju dengan berkata bahawa penempatan berpuak itu adalah tempat untuk keakraban dan sebagai sokongan buat pekerja asing.

Beliau berkata, adalah salah untuk menyalahkan pekerja asing untuk hidup bersama-sama dalam kumpulan sesama mereka kerana mereka tidak mempunyai pilihan dalam banyak kes.

“Kita mengkritik mereka kerana hidup berdekatan dengan kita kerana kita katakan mereka yang membuatkan kawasan kejiranan kotor sehingga menjadikan nilai hartanah menyusut.

“Mereka tidak sepatutnya dipersalahkan sebaliknya adalah majikan-majikan mereka yang meletakkan sejumlah besar pekerja-pekerja ini dalam keadaan hidup daif dan kotor kerana mereka mahu cara yang paling murah untuk menempatkan mereka,” kata Fernandez.

Beliau berkata, majikan dan pihak berkuasa perlu lebih bertanggungjawab apabila berurusan dengan pekerja asing yang dieksploitasi bagi mengelakkan ketegangan ekoran tekanan itu.

Beberapa kawasan perumahan pekerja-pekerja terletak di Jalan Petaling dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur di mana beberapa rakyat asing turut mengendalikan gerai dan menjual barangan lain.

Turut terdapat sejumlah besar rakyat Myanmar dan pelarian dari negara itu di pasar borong di Selayang.

Di Pulau Pinang, Jalan Gurdwara dan Jalan Magazine menjadi “Little Bangladesh” manakala tingkat dua pusat membeli-belah Komtar digelar sebagai “Little Myanmar”. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment