Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

TOKYO – Datuk Seri Najib Tun Razak malam Khamis secara rasminya melancarkan Pusat Outreach iM4U, Jepun dalam satu upacara simbolik di Hotel New Otani di sini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi iM4U menandatangani plak rasmi pelancaran serta menyampaikan cek bernilai Yen320,000 (kira-kira RM10,000) kepada pusat itu.

Mohd Khairul Qayyum Mohd Katman, Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Jepun (MSAJ) menerima cek itu bagi pihak pusat itu.

Menerajui pusat itu ialah MSAJ yang mempunyai lebih 1,200 anggota dari lima divisyen di seluruh Jepun.

Menurut anggota Lembaga Pemegang Amanah iM4U yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim, iM4U berbesar hati dapat mendekati dan berinteraksi dengan belia Malaysia di Jepun.

Antara lain, pasukan Pusat Outreach iM4U MSAJ, Jepun telah memulakan projek pek hadiah iM4U dengan para sukarelawan menyediakan pek untuk diagihkan kepada audien pada konsert Krismas untuk kanak-kanak kurang upaya dan penggemar muzik anjuran Shinjuku Foundation for the Creation of Future.

Najib dalam ucapan ringkasnya di majlis itu berkata dalam membangunkan negara, ia memerlukan generasi muda yang memiliki nilai kemurnian tinggi serta cara berfikir yang boleh beri sumbangan besar kepada negara.

“Dan cara kita bangunkan sistem nilai murni adalah melalui program seperti ini (program sukarelawan). Bila jadi ahli sukarelawan, kita tunjuk rasa perhatian kepada mereka (masyarakat) dan sanggup memberi sesuatu kepada komuniti,” katanya.

Najib berkata masyarakat Jepun akan tentunya menghargai segala program sukarelawan yang dibuat ini dan aktiviti sukarelawan menggambarkan satu sikap yang amat baik.

“Sikap seperti ini jadikan kita manusia yang lebih prihatin,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment