Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

TASIK KENYIR – Suruhanjaya Komunikasi dan MultimediabMalaysia (SKMM) kini dalam proses menambah kemudahan infrastrukturntelekomunikasi di kawasan pelancongan Tasik Kenyir sejajar dengan kepesatan pembangunan tasik buatan manusia itu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata tiga lagi menara telekomunikasi akan dibina di Tasik Kenyir iaitu di Pulau Bayas, Pulau Chomar dan Sungai Petang.

“Kita menjangka menara yang dibina dapat beroperasi pada suku pertama 2014 dengan jarak lima kilometer kawasan liputan,” katanya selepas melawat sekitar Tasik Kenyir di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat 77 menara telekomunikasi dibina di seluruh Terengganu dan daripada jumlah tersebut 53 menara telahpun disiapkan.

Menurutnya kerajaan memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk membina 1,000 lagi menara baharu seluruh negara dan tumpuan adalah di kawasan yang kurang liputan serta kawasan pelancongan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment