Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 3, 2013

No Comment

Pastinya tidak ramai yang tahu di ibu negara Indonesia, Jakarta ada Pekan Kondom Nasional 2013 di sana.

Jika kita di Malaysia sudah pasti ia akan membawa maksud ‘Bandar Kondom Kebangsaan 2013′ kerana pekan membawa maksud bandar kecil dan juga Nasional membawa maksud kebangsaan.

Sejak bila pula di Jakarta ada Pekan Kondom?

Gambar dirakamkan ini adalah gambar sebuah bas tertera perkataan Pekan Kondom Nasional 2013 dengan berlatarbelakangkan gambar seksi penyanyi dangdut Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe.

Sebenarnya perkataan Pekan Kondom Nasional 2013 dalam bahasa Indonesia membawa maksud Kempen Minggu Kondom Kebangsaan 2013 yang kini sedang diadakan di Jakarta.

Dalam bahasa Inggerisnya ialah National Condom Week.

Ia adalah sebuah kempen yang dimulakan sejak tahun 2007 untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat berkenaan manfaat penggunaan kondom dalam hubungan seks yang berisiko untuk melindungi masyarakat Indonesia dari jangkitan penyakit berbahaya.

Oleh : IBNU KHUSAIRY

0 comments:

Post a Comment