SAMBUTAN Hari Krismas sangat sinonim dengan salji dan hadiah.
Kanak-kanak pastinya antara golongan yang paling tidak sabar untuk menyambut Hari Krismas kerana akan dihujani dengan pelbagai hadiah-hadiah yang menarik.
Dalam memeriahkan lagi sambutan Krismas dan tahun baru, sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang berpengkalan di Kanada, West Jet telah melaksanakan kempen strategi perhubungan awam (PR Strategic Campaign) buat para penumpang mereka.
Penumpang yang menaiki pesawat West Jest dari Toronto ke Ontario dikehendaki berdiri di hadapan sebuah kotak interaktif dan mengimbas tiket perjalanan mereka.
Selepas itu, mereka akan di tanya oleh Mr Santa permintaan mereka atau hadiah yang mereka inginkan sempena sambutan Krismas pada tahun itu.
Maka, Mr Santa dihujani pelbagai permintaan oleh setiap antara mereka.
Ada yang meminta Samsung Galaxy Tab, televisyen besar, seluar dalam dan stoking, Android Tablet, papan luncur ais, camera, tidak terlepas juga alat permainan yang diidamkan oleh kanak-kanak.
Setiap perbualan tersebut dirakam dan direkod oleh petugas West Jet dan mereka bertungkus lumus membeli barangan tersebut sebelum para penumpang tiba di Ontario.
Pesawat yang mengambil masa lebih 8 jam menuju ke Ontario membolehkan para petugas West Jet membeli barangan permintaan penumpang dan membungkuskannya.
Setelah penumpang tiba, mereka yang berkumpul di bahagian kutipan bagasi terkejut apabila tiba-tiba siren berbunyi dan hadiah yang tertera nama mereka mula menuruni bahagian bagasi.
Ramai antara mereka terkejut dan terharu bahawa permintaan mereka itu menjadi kenyataan.
Sama-sama kita saksikan video kempen strategi PR oleh West Jet yang berjaya menarik minat lebih daripada 33 juta tontonan yang telah dimuat naik menerusi laman Youtube semenjak 8 Disember lalu.
0 comments:
Post a Comment