Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara di Jalan Duta di sini.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mendahului senarai penerima apabila dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sementara itu 17 orang dianugerah Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri, manakala 59 individu dianugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 39 individu lagi dianugerah Johan Mahkota Wilayah (JMW), 55 dianugerah pingat Kesatria Mahkota Wilayah(KMW), 59 orang menerima pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 89 menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan serta khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment