KUALA LUMPUR – Aliran trafik dari ibu negara ke arah selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan sesak ekoran peningkatan jumlah kenderaan mulai jam 10 pagi ini.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad ketika dihubungi Bernama berkata trafik sesak dari Nilai ke Seremban berikutan penambahan bilangan kenderaan.
“Trafik ke utara pula mula bergerak perlahan dari Slim River menuju Sungkai juga akibat penambahan bilangan kenderaan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik bergerak lancar di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur, begitu juga dengan keadaan trafik di plaza tol Gombak dan Bentong masih lancar dari kedua-dua arah.
Tiada kemalangan dilaporkan di kedua-dua lebuh raya berkenaan.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment