Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Hasil analisis kimia yang diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua untuk aktiviti rekreasi dan peranginan pantai.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh berkata     sehubungan itu kerajaan negeri tidak akan menutup pantai berkenaan kepada pengunjung seperti yang disarankan sesetengah pihak.

“Tidak perlu tutup pantai, kita juga tidak ada memasang apa-apa papan tanda memberitahu bahawa pantai ditutup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebahagian air laut di pantai itu dilapor bertukar menjadi kehitaman yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan dengan siasatan awal JAS menemukan elemen bakteria e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.  – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment